“Ngong Ping 360 – 360 Lantau Culture and Heritage Insight Tour (Crystal Cabin)

Hong Kong Ngong Ping Day Tour by muslimcuti
Hong Kong Ngong Ping Tai O Fishing Village 800×400
Hong Kong Ngong Ping 360 Cabel Car
Hong Kong Ngong Ping
Ngong Ping 360 Lantau Culture and Heritage Insight Tour

” Mendaki Pulau Lantau dengan kereta kabel paling panjang di Asia, kira-kira 5.7km perjalanan dengan kabin Standard atau Kristal ini akan mengambil masa 25 min untuk tiba di Ngong Ping Village 360.

 

 

Pengalaman mendalam lawatan ini ambil masa dua jam ke biara Buddha Ngong Ping’s dan tarikan yang berkaitan. Hayati senibina, dan fahami dengan mendengar cerita Buddha serta belajar lebih mendalam tentang diri anda. “Selfie dekat “The Tian Tan Buddha”, mercu tanda yang paling penting di Pulau Lantau. Pakej ini disediakan khidmat pemandu pelancong profesional sepanjang perjalanan membolehkan anda mempunyai kefahaman yang lebih baik dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”

 

Jadual Perjalanan:

 10.00am – 11.00am – Berkumpul di Ngong Ping Village Shop no. 8, Li Nong Teahouse

 12.45pm – Tonton demostrasi teh percuma dengan Muzik Cina di Linong Tea House

 1.15pm – Bas ambil di Tai O Fishing Village & Melawat rumah tradisional

 1.50pm – Bersiar-siar dengan bot di Tai O Fishing Village. Nikmati keistimewaan produk penduduk tempatan percuma & teroka kampung

 2.15pm – Bas ambil ke Ngong Ping Village.

 2.45pm – Perjalanan berjalan ke Ngong Ping Village, the Big Buddha dan Po Lin Monastery

 4.00pm – Diiringi ke terminal kereta kabel dan bersurai. Tamat lawatan.

 

Informasi Lawatan:

  • Pakej Termasuk : Tiket untuk kereta kabel Dua-Hala, khidmat Permandu Pelancong dwibahasa (Bahasa English dan Mandarin) di sepanjang lawatan, tiket kemasukan ke tarikan seperti yang disenaraikan.
  • Durasi Perjalanan: Kira-kira 2 jam (Pelepasan Setiap Hari Selasa, Khamis dan Sabtu).
  • Tempat Berkumpul: Ngong Ping Village Shop no. 8, Li Nong Teahouse.
  • Waktu Berkumpul: 1.30pm.
  • Kanak-kanak berumur < dari 2 tahun adalah percuma.

 

Cara Menggunakan:

  • Selepas membuat pembayaran, anda akan menerima pengesahan pembayaran dan tempahan anda melalui emel. E-Tiket/Baucer anda akan di emel 3 hari sebelum bertolak.
  • Sila cetak E-Tiket/Baucer dan pamerkan semasa di pintu masuk tarikan. Bagi tiket yang mempunyai QR kod, sila muat turun ke dalam telefon pintar untuk scan dipintu masuk.
  • Sila menebus tiket anda di kaunter tiket Ngong Ping sekurang-kurangnya 45minit sebelum slot masa pilihan anda untuk berada di tempat berkumpul tepat pada masanya.

 

Tips Disarankan:

  • Di samping kemudahan membeli-belah, tempat makan dan rekreasi di tempat yang menarik, Ngong Ping Village juga menganjurkan acara perayaan dan bertema untuk menghibur pelawat berseorangan, kumpulan atau keluarga. Belanja diri anda dengan filem 5D di “Motion 360” atau perjalanan media di “Walking with Buddha”. Tangkap detik-detik yang tidak dapat dilupakan dengan pengembaraan Lantau anda dengan perayaan yang diadakan di sekitar kampung.
  • Waktu Operasi 10.00am – 6.00pm
  • Untuk waktu operasi yang tepat, jadual program yang terkini dan kerja-kerja penyelenggaraan, sila rujuk di laman web rasmi Hong Kong Ngong Ping 360 Fun Pass
  • Ngong Ping 360 akan ditutup pada 19 – 21 September 2017 untuk penyenggaraan.

 

 

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review ““Ngong Ping 360 – 360 Lantau Culture and Heritage Insight Tour (Crystal Cabin)”


Day Tour

Product Validity : 31 Dec 2017

Duration

1 Day

Traveler

Min. 2

E-Ticket 

Printing


Guide

Yes

Visit Date

Fixed 

Transfer

N/A


Refund

N/A

Taxes

N/A

Tips

N/A


Meeting Point

Yes

Meal Voucher

N/A

Muslim Friendly

Yes