Penang Escape Theme Park, Malaysia School Holiday and Team Building Park

ESCAPE adalah destinasi taman tema yang dibina dalam persekitaran semula jadi dengan tarikan yang berunsur untuk merangsangkan minda dan badan.
ESCAPE memperkenalkan permainan dan nilai-nilai dari zaman pembesaran kanak-kanak dahulu yang berunsurkan pembelajaran melalui pengalaman dan tidak bergantung kepada elektronik seperti gaya hidup zaman sekarang.
ESCAPE membuktikan umur bukan sebarang halangan untuk terus bermain kerana tarikan di sini direka untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur, kebolehan, dan tahap tenaga.

 

Waktu Beroperasi:

  • 10:00pagi – 6:00petang
  • Untuk waktu operasi yang tepat, jadual program yang terkini dan kerja-kerja penyelenggaraan, sila rujuk di laman web rasmi Penang Escape Theme Park

 

Informasi Tiket :

    • Nikmati kesemua tunggangan mengujakan dan permainan yang dihoskan di dalam persekitaran semula jadi.

 

Informasi Tambahan:

  • • Sila mengikuti arahan yang diberi oleh staf ESCAPE Adventureplay.

    • Sila mengambil perhatian kepada arahan yang dinyatakan pada papan tanda, lampu isyarat atau petunjuk-petunjuk yang lain.

    • Kad Pengenalan mungkin diperlukan untuk pengesahan.

    • Pihak ESCAPE Adventureplay memiliki hak untuk menafikan atau membenarkan sesiapa sahaja untuk melawat taman tema tanpa sebarang sebab diberikan. Pihak kami juga ada hak untuk mengarah sesiapa sahaja untuk meninggalkan taman tema (tanpa memberikan sebarang pampasan atau pembayaran ganti rugi) jika individu tersebut tidak mengikuti arahan dan peraturan keselamatan atau melakukan perlakuan yang bahaya atau membahayakan.

    • Permainan tertentu mungkin tidak sesuai untuk pelawat kelainan upaya atau yang bermasalah kesihatan. Jika anda perlu penerangan yang selanjutnya, sila rujuk kepada doktor anda.

    • Anda tidak digalakkan untuk membawa barang berharga ke dalam taman tema. Barang anda boleh disimpan dalam loker yang dibekalkan, tetapi pihak ESCAPE Adventureplay tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang dalam taman tema, sama ada barang anda hilang di dalam loker atau tidak.

    • Harnes atau peralatan keselamatan yang dibekalkan merupakan hak milik pihak ESCAPE Adventureplay dan anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang peralatan dari taman tema.

    • Untuk memastikan pengalaman terbaik untuk setiap pelawat, anda tidak dibenarkan untuk memotong barisan. Anda juga tidak dibenarkan untuk menempah ruang bagi rakan anda semasa berada dalam barisan, atau meninggalkan barisan anda dan datang balik kemudian atas sebarang alasan.

    • Ibu bapa dikehendaki menjaga anak sepanjang masa berada di kawasan taman tema. Kanak-kanak berumur di bawah 13 hanya dibenarkan untuk masuk ke taman tema jika ditemani oleh seorang dewasa.

    • Tiket tidak dibenarkan untuk tukar milik, pindah milik, bayar pampasan. Jika terdapat sebarang pertukaran terhadap tiket tersebut, tiket tersebut dikira tidak sah.

    • Pelawat yang telah keluar dari taman tema tidak dibenarkan untuk masuk semula.

    • Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kawasan ESCAPE Adventureplay.

    • Haiwan peliharaan dan haiwan liar dari luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kawasan taman tema.

    • Jika keadaan memerlukan, ESCAPE Adventureplay ada hak untuk membuat perubahan terhadap waktu operasi taman tema, atau tutup semua atau sebahagian daripada kawasan taman tema buat masa sementara, atau hadkan jumlah pelawat yang dibenarkan masuk ke dalam taman tema.

    • Pakaian dan barang kemas yang mungkin tersangkut atau mengakibatkan kerosakan terhadap peralatan taman tema tidak dibenarkan untuk dipakai untuk sesetengah kawasan permainan dalam taman tema.

    • Bekas kaca, senjata api, peralatan atau bahan yang membahayakan tidak dibenarkan dibawa masuk ke taman tema.

    • Pihak kami mengutamakan keselamatan pelawat. Pihak pengurusan kami mengambil tindakan teliti untuk memastikan keselamatan pelanggan kami, namun pihak kami tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti atas sebarang kemalangan yang mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kawasan taman tema.

    • Anda tidak dibenarkan merokok di kawasan taman tema, kecuali di kawasan yang ditetapkan.

    • ESCAPE Adventureplay menangkap detik-detik istimewa untuk pelawat kami melalui menangkap gambar pelawat di kawasan taman tema. Semasa anda masuk ke dalam kawasan taman tema, anda membenarkan gambar anda untuk dipaparkan di laman sesawang ESCAPE dan juga media lain.

    • Penangkapan gambar, rakaman video atau suara untuk tujuan komersial tidak dibenarkan jika tiada kebenaran tulisan yang dibuat terlebih dahulu.

    • Penggunaan kamera jenis Go-Pro® yang diikat dengan kukuh untuk tujuan mengambil gambar dan merakam video individu dibenarkan di kawasan taman tema. Namun, ESCAPE Adventureplay tidak bertanggungjawab atas segala kecederaan yang berlaku terhadap pengguna dan pelawat lain.

    • Kedua-dua tangan anda mesti dikosongkan atas sebab keselamatan. Barang yang mungkin menghalang pergerakan tangan anda, contohnya, dan tidak terhad kepada telefon bimbit, dan kamera bertali lengan tidak dibenarkan untuk diguna semasa anda bermain.

    PERATURAN DAN SYARAT ESCAPE ADVENTUREPLAY BASE CAMP

    • Peraturan Taman Tema untuk ESCAPE Adventureplay juga diguna pakai untuk Base Camp.

    • BASE CAMP sejenis penginapan yang mendekati anda dengan alam sekitar. Penginapan tersebut bukan hotel atau perkhemahan glamor ‘glamping’.

    • Pekhemah mesti bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan ketidakselesaan yang akan ditemui semasa berkhemah di kawasan persekitaran semula jadi.

    • Dilarang mengakibatkan kemusnahan di kawasan persekitaran semula jadi anda. Dilarang memetik tumbuhan hidup dan jimatkan penggunaan air semasa mandi.

    • Pengagihan plot khemah adalah mengikut plot yang sedia ada, tempahan plot khemah anda tidak semestinya terletak bersama-sama

    • Dilarang jemur pakaian anda di luar khemah anda. Peralatan untuk jemur pakaian telah dibekalkan dalam setiap khemah.

    • Dilarang membawa barang berharga ke dalam kawasan Base Camp.

    • Penggunaan api hanya dibenarkan untuk pit BBQ yang tertentu.

    • Berhati-hati semasa menggunakan mancis dan api.

    • Dilarang merokok dalam khemah.

    • Masa check-in untuk BASE CAMP bermula dari 2:00pm pada hari ketibaan anda, dan check-out pada 12:00pm pada hari pemergian anda.

    • Pekhemah Base Camp hanya dibenarkan untuk masuk taman tema ESCAPE Adventureplay pada waktu 10:00am – 6:00pm.

    • Anda dibenarkan untuk mengguna pintu masuk/keluar Base Camp luar daripada waktu operasi tersebut.

    • Sila menghormati pekhemah Base Camp yang lain.

    • Dilarang masuk ke kawasan khemah lain.

    • Sila rendahkan suara anda, terutamanya pada waktu 12:00pm-7:00am.

    • Anda tidak digalakkan untuk mengguna air di dalam tandas dan bilik mandi BASE CAMP untuk menyediakan makanan dan minuman, walaupun air tersebut dimasak.

    • Pekhemah BASE CAMP perlu bertanggungjawab atas kemusnahan yang berlaku, termasuk dan tidak terhad kepada khemah dan tumbuhan.

Tarikan dan Tunggangan:

    • FLYING LEMUR
    • MONKEY BUSINESS
    • KITE FLYER
    • TUBBY RACER
    • ATAN’S LEAP
    • GECKO TOWER
    • MONKEY SCHOOL
    • TOTS TRAIL
    • A-MAZE
    • FOXY BURROW
    • JUNGLE SWINGER
    • Water Park
    • Dan pelbagai lagi!!

 

Cara Menggunakan:

  • Selepas membuat pembayaran, anda akan menerima pengesahan pembayaran dan tempahan anda melalui emel.
  • E-Tiket/Baucher anda dan peta tempat berkumpul akan di emel 3 hari sebelum bertolak.
  • Muat turun dan cetak E-Tiket/Baucher anda sebelum lawatan.
  • Pamerkan E-Tiket/Baucher anda di kaunter/pintu masuk tarikan sebelum anda mengakses ke tarikan.
  • Untuk tiket yang mengandungi QR Kod, sila muat turun ke dalam telefon pintar anda dan scan dipintu masuk tarikan.
  • Sila rujuk emel akhir yang kami hantar kepada anda untuk memastikan cara menebus atau menggunakan Tiket/Kod yang betul.

Tips Disarankan:

      • Naiki Bas Rapid No. 101 atau 102 ke ESCAPE dengan selang 10 minit. Bayar dahulu, tebus semula tambang bas anda di pintu masuk ESCAPE. Satu inisiatif Hijau oleh ESCAPE & RAPID Pulau Pinang.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Penang Escape Theme Park, Malaysia School Holiday and Team Building Park”


Attraction Ticket

Product Validity : 31 Mar 2020

Duration

1 Day Pass

Traveler

Min. 2

E-Ticket 

QR Code


Guide

N/A

Visit Date

Fixed Date

Transfer

N/A


Refund

N/A

Taxes

N/A

Tips

N/A


Meeting Point

N/A

Meal Voucher

N/A

Muslim Friendly

Yes